Surat Cinta Buat Pujaan Hati (Kekasih)

 Dengan nama Tuhan yang                            penuh Ketinggian kumulakan surat                           cinta ini. Semoga kemurahan Tuhan sentiasa melimpahruah dalam cinta kita.
            Kekasih….
            Buat sekian kalinya aku                            titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku.                            Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang  memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa  perasaan rindu                            ini buatkan aku lupa pada sesuatu.  Kadangkadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan  rindumu. Fikiranku                            penuh dengan gambaran wajahmu.
            Kekasih…
            Aku  ingin sekali menebus                            segala rinduku disetiap pertemuan kita.  Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung  rindu yang                            baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu  ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap  membara. Setiap                            kali menatap wajahmu, setiap kali itulah  rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam  melayani                            kerenah rindu ini.
            Kekasih….
            Wujudkah  ubat untuk menghilangkan                            rindu di hati ini? Walau selalu kutatap  gambargambar kenangan kita, rindu ini tetap tidak mahu pulang walau  beratus kali                            gambargambarmu kutatap,namun begitulah aku.
            Hati  lelakiku ini masih                            tidak mampu untuk mendepangi dugaan rindu  ini. Entahlah… aku sering berdoa dan berharap agar ada suatu masa yang  dapat                            aku lunaskan segala rindu dan dendam yang  terbuku di hati ini.
            Kekasih…
            Aku  masih ingat katakatamu,                            jika rindu lihatlah pada bintangbintang.  Carilah bintang yang paling bersinar dan ketika itu pasti aku tahu  bahawa aku                            juga turut dirindui.
            Saat  bersamamu buat aku                            cukup bahagia. Pujuk rayumu buat aku lupa  segala keresahan dan masalah kehidupan yang aku hadapi. Ingin sekali aku  berada                            disamping mu sentiasa. Namun keadaan tidak  mengizinkan aku berbuat demikian. 
            Kekasih…
            Sekarang  ini aku penat                            memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia  kerananya. Dan aku benarbenar tidak sabar untuk menanti hari yang  menghalalkan                            aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan  masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu.
            Hanyalah dirimu kekasihku…..
